Bolehkah wanita menyanyi atau bernasyid di depan lelaki
Assalamualaikum,
Ustazah,
saya ingin bertanya tentang hukum wanita Islam menyanyi atau bernasyid
di dalam majlis yang dihadiri oleh pendengar lelaki. Begitu juga jika
wanita itu membuat rakaman lagu dan didengari oleh penggemar lelaki.
Harap dapat dijelaskan hukumnya.
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Jawapan
Menjadi
lumrah manusia memiliki jiwa seni yang sangat meminati muzik dan
nyanyian sebagai satu media untuk menghiburkan hati, melepaskan lelah
bahkan menghilangkan tekanan jiwa.
Lebih-lebih
lagi muda mudi juga amat meminati muzik dan lagu. Walau bagaimanapun,
akhir-akhir ini, atas kesedaran Islam muda-mudi Islam mengalihkan minat
itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada
kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Untuk
menjawab persoalan ini kita perlu meneliti persoalan pokok yang
menjadi asas perbincangan ulama’ iaitu persoalan hukum suara wanita,
adakah aurat atau tidak aurat.
Sebenarnya suara wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat.
Maksudnya
di sini kebanyakan ulama’ mengatakan suara wanita dalam percakapan
biasa di hadapan lelaki bukan mahramnya tidaklah aurat. Namun begitu,
ada juga yang menyatakan aurat .
Yang
menjadi persoalannya di sini ialah suara wanita yang dilunak-lunakkan
seperti dalam nyanyian,nasyid atau percakapan yang dilunakkan, adakah ia
aurat atau bukan aurat, harus atau haram.
Di sana terdapat dua pendapat ulama’.
Pendapat pertama
dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya adalah
aurat, yaitu apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi, bernasyid
atau melunakkannya di hadapan lelaki bukan mahramnya.
Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah SWT yang memberi amaran kepada kita tentang suara wanita(bermaksud):
“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam
As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan
suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak
lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang
dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah
diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'
selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn
Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ualama yang dikemukakan ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita, ia adalah dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah (alasan) suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan dibuat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih, ketat dan tudung juga tidak menutup dadanya dengan baik.
Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata, apatah lagi penyanyi atau penasyid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.
Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”.
Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Pendapat yang kedua pula mengatakan harus.
Ini
adalah pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di
mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai
asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak
menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini? Namun Nabi SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi di khalayak lelaki.

Saya memetik pandangan seorang ulama’:
”Dalam
konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau
dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai. Kerana dibimbangi
sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan
merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan
bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri
manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.

Demikian pendapat seorang ulama’ kita.
Namun,
apa yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka
mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan
badan yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga, tidak bersolek dan
berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah. Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Dan
atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk
berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja, tidak
pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan
menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan
kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan
sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang
syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk
mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah
serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti.
Demikianlah perbahasan kita dalam persoalan yang dikemukan.
Kesimpulannya
ada 2 pendapat ulama’ tentang wanita yang menyanyikan atau bernasyid
dikhalayak ramai. Satu pendapat mengatakan ia adalah suatu perkara haram
. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa.
Sementara
ada pendapat ulama’ yang mengatakan ianya harus dengan memberi
syarat-syarat yang ketat dalam pelaksanaannya dan hendaklah dipastikan
ianya atas tujuan dakwah bukan dengan tujuan hiburan semata-mata.
Jadi
kita boleh memilih mana satu pendapat yang kita suka, dengan melihat
kepada kepentingan atau keadaan tertentu, tapi kena tanyalah pada iman
kita jangan tanya pada selera kita.
WALLAHU A’LAM
0 komentar:
Posting Komentar